Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini.
Masih banyak lompong dalam menunaikan ibadah sunat namun, kita cuba perbaiki sedikit demi sedikit.
Rutin bangun sahur juga dapat memperbaiki jadual hidup seorang Syaheera supaya lebih produktif di pagi hari berbanding terkejar-kejar di tengah hari (dengan nak jaga anak lagi). Hehe
Alhamdulillah banyak hasil positifnya.
Oh, Ramadhan kali ini saya ada melibatkan diri dengan kumpulan Tadarus secara atas talian.
Baru sahaja masuk hari ketiga, datang haid. Mula-mula rasa kecewa tak dapat meneruskan bacaan, namun ada rakan berkongsi cara bertadarus walaupun tak dapat membaca Al-Quran.
Menerusi laman web Quran.com, kita masih boleh bertadarus dengan mendengar bacaan Al-Quran mengikut juzuk yang kita mahukan. Laman web ini ringkas dan mudah untuk dilayari oleh sesiapa sahaja, tak kira di mana kita berada. Aplikasi Quran.com juga terdapat di kedua-dua Apps Store dan Playstore.
Mari kita perbanyakkan mendengar alunan bacaan Al-Quran, kawan-kawan! :)
Nota kaki:
Cubaan menulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya. Maaf jika terasa baku. lol