memang la selalu macam ni. kalau aku plan awal-awal any thing pun, last-last akan ada tak jadi nya. tapi kalau benda yang sehari dua baru terkeluar idea, 90% memang akan terlaksana. macam trip ni jugak lah. HAHA.
Ika ajak naik KL untuk weekend lepas sebab dia memang ada plan nak gi KL dengan kawan-kawan dia. aku tak nak ikut awal-awal tu sebab fikir kan kuliah yang baru jer start + fulus banyak kena guna untuk school,house n stuffs. tapi, dua hari sebelum bertolak tu aku bagi kata putus, petang tu kami beli tiket bas and the next night, kami naik bas ke KL ! -__-
trip ni tak diheboh kan sangat kat kawan-kawan. hanya yang terdekat sahaja yang tahu. haha. aku ngan ika naik bas bawak handbag je. sebab bajet, sampai KL pagi jumaat, sabtu malam dah nak balik dah. kebetulan ahad tu cuti Hari Malaysia, jadi kami takde kelas. :D
breakfast with McDonald's
hilir whatttttt. LMAOO.
disebabkan kami sampai KL awal pagi. mall pun belum bukak lagi. kami decide nak pergi lepak dekat Taman KLCC. nak pegi photoshoot kata mereka. haha.
little photo exhibition inside klcc lrt station. ada gaya art's collector tak?
kebetulan yang amat bertuah hari tu. masa tengah dok lepak kat taman klcc tu, kami nampak ramai orang berkumpul sambil waving flags + tangan masing-masing pegang smartphone nak snap photos. ada artis ke? haha. teliti dan teliti, rupanya masa tu The Duke & Duchess of Cambridge Prince William & Kate Middleton tengah dalam lawatan diraja di Malaysia & dalam perjalanan bertemu rakyat Malaysia di Taman KLCC tu! Aku dengan Mail kemain excited nak tengok while Ika bolehh plak tanya siapakah diorang. -__-
sebab aku tak tinggi, ni je best picture of them. :) |
camwhoring everytime we got the chance. OMG! |
malam tu aku dengan ika marathon dua movie lepas dinner kat Wendy's. Kami berdua layan Resident Evil : Retribution at 8pm and amik midnight movie, Possession. aku ni dah la yang memang tak pernah nak minat cerita hantu horror ni. boleh pulak tengok Possession tengah-tengah malam buta. tapi those movies are thumbs up! :D balik jer bilik terus kiokk. HAHA
10am sabtu tu terus check out and masuk Times Square sekali lagi sebab lupa nak beli barang kiriman rakan-rakan terchenta. heee XD and i was in a terribly bad mood sebab baju punjabi yang aku bawak as spare tu tak muat dipakai! macam nak menangis kat situ jugak. nasib baik ada beli extra shirts the day before, so aku pakai je baju tu. masa masuk TS, aku ditch the rest and jalan sorang-sorang membawa hati yang lareee. sobbb.. T__T
tapi bila dapat beli sehelai lagi baju + seluar, gumbira balik. haha ^___^
tengahari tu, kawan Ika, Wan datang join kami and kami semua sama-sama straight to Masjid Jamek. aku ni dah macam aunty tauke kedai baju laaa sebab kena bawak those plastics yang aku shopping the previous day tu.
Ika, Me ( with new dress on), Mail. |
Wani, Me, Ika & Tirah |
sampai kat sana, kami berpecah into two teams. aku Ika dan Wan while Mail, Tirah dan Wani. Kesian plak mamat Wan tu sebab ikuttt je aku dengan Ika shopping. kami jelajah every shop along the road and seek for cheap itemsss. $.$ aku beli gelang tangan, sling bag and tudung je kat situ. walaupun rasa tak puas hati lagi, kami terpaksa berkumpul balik sebab Tirah&Wani nak kena balik Pilah dah sebab takut terlepas bas. Mail plak kena balik rumah kakak dia kat Shah Alam and only left me&Ika untuk balik ke Kelantan.
We headed to Pudu Sentral and Wan jumpa kawan dia plak kat sana. Nama Kadok. =_=" aku & Ika jadi agak kalut sebab kami sebenarnya belum beli lagi tiket bas untuk balik Kelantan. Kami ada mintak tolong Arie, merangkap senior + hero of the day, belikan tiket sebelum tu sebab dia janji nak jumpa kami sebelum balik. tapi pukul 4.30 petang tu, masih takde berita and we started to panic. at last, kami bantai beli je tiket bas yang ada. tapi.... hais.
lepas Tirah&Wani naik bas kami tak sempat say goodbye sebab aku ika Wan pergi solat Asar n bila siap solat je,mereka dah balik :( , aku Ika Wan & Kadok masuk Marry Brown sebab perut pun dah lapar. sambil tunggu nak order tu, Arie datang and kami explain pasal tiket bas yang katanya, amik bas dari Pudu Sentral pukul 7.40 and transit kat Hentian Putra then naik bas itu ini pukul 9 malam,,etc. Nasib baik lah Arie sanggup hantar kami berdua ke Hentian Putra tu sebabnya, rupa-rupanya the whole process tu sangat complicated and dia takut kami ni sesat. LMAOOO. XD you saved us, arie kacak. HAHAHA
btw, urmm, tak sampai dua jam aku kenal si Kadok tu, dia dah boleh nak bahan aku. takpelahhh..memang la muka aku ni ada tulis SILA BAHAN SAYA kann? :DDD bolehhh pulakk dia suruh aku duduk dalam bonet kereta Arie? sebab kononnya tak muat la kan nak naik kereta ramai-ramai. zzzz.
apa-apa pun, our day was saved when we safely arrived Hentian Putra. Arie sanggup tunggu sampai kami naik bas kul 9 malam tu to make sure everything is alright. thanks buddy ;)
and the bus is heaven~♥ VIP seats with blanket + mini pillows + food&drinks being served. macam naik airplane dah. siap ada pramugara lagi. :D Plusliner Nice, I will ride you again. ;)
P/S : my tongue just cant handle bahasa standard for long time. bayangkan aku diapit manusia-manusia yang tak cakap slang kelantan and i was struggling the whole day. HAHA.
P/S : my tongue just cant handle bahasa standard for long time. bayangkan aku diapit manusia-manusia yang tak cakap slang kelantan and i was struggling the whole day. HAHA.
No comments:
Post a Comment