orang bawahan

aku tak rasa ada salah nya kalau, orang melayu kerja bawah kaum lain dan kaum lain menguasai ekonomi negara ni kalau, orang atasan tak ambik kesempatan ke atas orang bawahan dia. dah tu orang melayu lagi banyak tahu & reti dengar arahan daripada mengarah orang lain. bukan ke macam tu?

ok. mungkin bukan tahap menguasai tapi lebih kepada jadi bos kepada orang melayu. aku tak rasa jadi orang bawahan (bukan bos) tu satu perkara yang menjatuhkan maruah sesuatu kaum pun selagi orang tu tahu etika dan segalanya. kalau kau anggap pengutip sampah tu pangkat kerja paling bawah dalam kasta kerja, pengutip sampah pun boleh jadi jauhh lebih mulia daripada ceo syarikat besar kalau dia lagi beretika, hormat orang dan kerja dia. 

tiba-tiba terfikir dan rasa nak luah.

No comments: