little girls day out~♥

Assalamualaikum!

anyways, memang dah lama sgt lah kan since my last post kan? hehe. maaf kan saya kerana menyibukkan diri.

sebenarnya, hujung minggu lepas saya, mak saya dan adik perempuan saya telah terbang ke Kuala Lumpur for three days girls out. HAHA. oke gurau sahaja. my mom dah lama berhajat nak shopping segala bagai kat KL tu sebab barang yang dia nak beli tu tak de di hometown tersayang inih. disebabkan semua adik-adik sekolah except for me and my brother, nak tak nak, ma paksa jugak naik KL last weekend. 

Khamis pagi tu kami fly by Air Asia pukul 0930 n sampai di LCCT 1015 gitu. awal sangat and i was not in a good mood sebab belum makan. (serious fact : saya akan bad mood kalau tak makan) so, no pictures were taken walaupun tu kali pertama naik air asia gi KL. ye. jakun saya tahu. --"

pendekkan cerita, lepas jumpa mak sedara kat KL Sentral, kami terus naik KLCC n shopping sedikit sumpah lama gila tawaf satu KLCC tuh. dari pagi sampai kul 4 dok dalam tu. lepas keluar KLCC terus pergi cari hotel terdekat sebab kalau nak duduk kat umah maksedara tu jauh sgt dengan bandar KL. rumah dia kat Sabak Bernam yang mana mengambil masa sejam jugak lah nak sampai KL. =,=: last last kami check-in kat Quality Hotel. Naiseu! ♥

malam tu pegi makan dekat Restoren Rosdet (betul ke aku eja nih?) dekat Kampung Baru. adat orang Kelate ni.. pegi la mana-mana pun kena harus wajib cari kedai makan yang kena dengan lidah kelate. hihi.

saya dan adik perempuan tersayang(?) err. posing depan bilik kami . whahaha :D

Jumaat pagi dah check out bagai and terus menghala ke Sogo sebab dekat sangat-sangat dengan hotel tersebut. Serius saya rasa hari-hari Sogo ni ada sale. =,= kali ni pun ada sale jugak. dengar gossip katanya sale ni sempena Ramadhan menjelma. #eh. ada jugak macam tu? haha. dapat la beli selipar baruuu +..+ dan terus snap gamboo. (sila tengok kaki saya yang disarung dengan selipar baru itu) fufufufu *showoff*


lepas Sogo, kami bantai pegi Midvalley terus. hari tu hari Jumaat. walaupun bukan cuti sekolah, jalan memang sesakkkk. Parking Lot penuh memanjang. dekat sejam pusing baru jumpa parking. Phew. Mula-mula naik Mid Valley tu saya dan keluarga saya berpisah sebentar kerana saya pergi dating dengan dua rakan saya. HAHA. sumpah penuh dgn awkward moments sahaja sebab Sarah n Syamil comes from two different background. Sarah ni kawan sekolah menengah n Syamil kawan UiTM merangkap bandmate. jadi diorang memang TAK BOLEH nak communicate. saya ni yang rendek ni kena jalan tengah-tengah pastu kena toleh kiri kanan nak dengar dua-dua orang ni bercakap. -..-" Anyways, mereka banyak membantu saya shopping n last-last kami tengok movie Spiderman. awesome + hensem + hot new spideyyyyyy! roar*

keluar dari Mid Valley tu hari dah malam. jadi saya merangkap co-pilot maksedara yang membawa kereta telah diarahkan untuk pasang GPS sebab dia tak sure jalan nak pegi rumah kakak dia kat Putrajaya. =.= 40 minit jugak nak sampai rumah maksedara sorang lagi tu. nasib baik la selamat sampai malam tu. hehe :D

esok tu kami keluar lagi pergi The Mines n Alamanda pulak. sumpah rambang mata tengok dresses seluar cardigans kasut beg yang lawa-lawa n ada diskaun. sempat lah jugak grab setiap satu. duit bos besar sponsor kan. HAHA. bila lagi nak kikis duit bapak sendiri? ( jahat? haha. i have my own reasons)

depan rumah Cikna.
Ya ALLAH muka tu macam belon dah.
kami bertiga naik bas Sani Ekspress pukul 9.30 malam n sampai di Kelate pukul 5 lebih. :D

p/s : sangat kerugian sebab lupa beli earphone kat S&J tu. wuuu TT.TT

1 comment:

gilo said...

i like this : bila lagi nak kikis duit bapak sendiri? ( jahat? haha. i have my own reasons)