Red Velvet Cupcakes [First Trial]

ASSALAMUALAIKUM!

First thing first, saya nak ucapkan selamat maju jaya kepada 30 atlet yang mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2012 @ lebih dikenali sebagai London 2012 yang di adakan di London, England. #duh. Semoga bilangan pingat emas kita akan bertambah berbanding tahun-tahun lepas. Malaysia BOLEH! ^.^

Anyways, post ni bukan untuk cakap pasal sukan olimpik sebenarnya. post ni nak cakap pasal Red Velvet Cupcakes yang telah di-bake pada tengah malam semalam. Disebabkan terliur dengan kawan-kawan yang kejap bake cake tu, kejap bake tart ni, saya pun minta resepi dengan seorang kawan ni + google-google resepi yang mudah dan maka dengan itu, terhasil lah cupcakes pertama saya semalam!

Kenapa malam? Sebab sekarang kan bulan puasa, buat pagi tengahari memang TAK lah untuk beginner ni. confirm-confirm kek tu takde rasa. heee =D dan jangan la bimbang juga, saya buat kek ni lepas siap solat tarawikh kat rumah. *kerling-kerling*


tekun catit resepi dan nota-nota kaki cara nak buat cupcakes ni. nampak dalam video memang la senang. silap letak dari 2 sudu kecil garam ke 2 sudu besar garam bukan ke nayaa? =.= [ sila ignore losyen mustajab ituh ] 

bila dah siap pre pre-baking process tu, saya terus turun ke dapur ditemani adik perempuan yang pemalas tapi saje je nak lenggang pinggul join semakkan dapur tu. awal-awal nak masukkan bahan-bahan tu memang agak susah sebab always tak sure nak masukkan ke tak. Mom ada sekali pantau tapi..setakat pantau je lah. bukannya nak tolong sangat. haha


first stage of tepung+ miscellaneous bila diayak bersama. tak berapa merah kan? sebab saya gunakan sikit je pewarna. not too keen of colour actually. yang paling dok bimbang, rasa cake tu. tapi cantik kan  doh cair tu? *sangat proud susah-susah kacau dia* =') lepas 15-20 minit spend time dengan mengayak segala bagai, terus masukkan doh tu ke dalam cups dan masukkan dalam oven selama 20 minit. 

selama dok tunggu little cakes tu siap dibakar, aku buat cream cheese frosting sorang-sorang sebab adik n mak aku dah masuk tidur. cheese + butter + vanilla essence + icing sugar. haih, berlemaknya makanan! >.<

TING! Oven dah pekik laung bagitau cupcakes aku dah masak. =D


sumpah rasa bangga tengok cupcakes tu berkembang dengan jelita nya. ^_________^ tak tunggu letak cream cheese atau nak biar cakes tu sejuk dulu, aku terus sambar satu sebab bau dia yang amat membuka selera aku yang memang berselera besar ni. nyum nyum! cream cheese yang tengah buat tadi pun dah siap, jadi aku biar dulu kek tu sejuk sikit. Adik aku yang tadi dah masuk bilik, datang ke dapur tetiba. dia cakap bau tu sampai ke bilik sebab tu terus datang nak rasa jugak. hmmphh >_< senang nya ekauu~! tapi dia cakap sodapppp~! *kembang kempis idung*

main-main dengan cream cheese tu. HIHI. 
ini cupcakes saye, suka hati saye lah nak lukis apa atas tu. (~..~)

adik aku punya decoration. ERR..

sebab nak packing elok-elok letak dalam fridge, aku padatkan dalam loyang bulat ni dan balut dengan aluminium foil sebab tak nak bagi lekat bau makanan lain yang ada dalam fridge itu. [ terima kasih atas nasihat seorang kawan ]

begitulah ceritanya pasal Red Velvet Cupcakes ni. walaupun warna dia tak berapa nak merah, aku masih lagi ada rasa bangga sebab dapat hasilkan cupcakes ni sendiri. *berair mata* 

sahur tadi aku suruh Chef Za aka Mom aku try kek ni. OK, kena kritik hebat. HAHAHA. 
.
.
.

i'll do better next time! just like how my oppa-deul taught me all the time before. =")

5 comments:

masyi said...

wah! xera...sedopnya...ak nak g rye umah mu lah taun nei...rs cup cake mu....hahaha

syaheerasanusi said...

yarkk. HAHA. xberapo nok jadi lagi lah syi. aku kena praktis banyak kali lagi. :D

Rahmatullah Evolution said...

kek ni ko xera hok mu wi aku make ari tu? kemah kemah kemah..

syaheerasanusi said...

yes mat. haha. kek ni lah. :D

shimahshim said...

auwww...sedap ohh cupcakes... nok sebutir deh...haha